Assalamualaikum, Selamat Sejahtera
Terima Kasih kepada FPP dept, Mr James Khor, memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman kerja saya kepada anda semua.
Pada siapa yang tidak mengenali saya, Nama saya Junaidah Binti Harith dari PJ Rayhan.
Saya mula menceburi bidang insurans ini pada umur saya 19 tahun, setelah menamatkan STPM.
Kakak saya Pn. Julainah Harith dari PJ Julainah yang juga merupakan leader saya menceritakan pengalaman kerjaya di AIA kepada saya dan mempelawa saya menceburkan diri dalam industri ini, oleh kerana matlamat masa depan masih kabur jadi saya mengambil keputusan nekad untuk bekerja bersama beliau.
Selama 3 tahun pertama, Alhamdulillah saya memperolehi apa yang saya impikan, sebuah kereta Honda, sebuah rumah teres, karier dan keluarga yang bahagia. Pada tahun ke-5, saya mengembangkan lagi sayap dengan membuka agensi saya sendiri iaitu PJ Rayhan dan tahun ini merupakan tahun ke-6 saya di AIA.
Sejak ditahun pertama lagi saya telah didedahkan tentang Financial Planning tools oleh leader saya, kami diberi tugas untuk mempraktikkan FPP tools menggunakan Financial Calculator dan pada setiap hari khamis di Full Timer meeting, kami diajar tentang pengiraan, cara presentation dan diberi tugasan luar.
Selain itu, banyak JFW mesti dilakukan sesama agent atau disertai oleh leader. Dan pada masa itu, case terbesar yang pernah kami close untuk Whole Family premium melebihi 100k setahun dengan menggunakan Concept Income Protection Need, Retirement, Education dan Saving & Investment.
Disebabkan inilah membuatkan saya lebih berkeyakinan menggunakan FPP tools.
Dan Alhamdulillah pada tahun lepas FPP dept telah memperkenalkan New FPP Module, My Leader menyarankan semua agent menyertai FPP Class kerana modul baru ini adalah amat menyenangkan dan lebih flexible untuk di terangkan kepada customer.
Oleh itu, saya menyarankan kepada semua untuk mempraktikkan FPP dalam kerjaya ini akan membezakan anda dengan agent lain dan membuatkan anda lebih professional.
Dengan product solution yang lebih banyak di AIA terutamanya dengan adanya Plan Takaful memudahkan kita untuk mengembangkan bisnes di kalangan masyarakat Bumiputera menggunakan FPP tools juga memberikan kita peluang untuk meraih kes premium yang lebih besar selain membantu customer memenuhi keperluan mereka.
Saya berasa sangat beruntung diperkenalkan dengan FPP tools kerana ia membolehkan saya memiliki apa yang saya ada ini dalam jangka masa yang pendek.
Persoalannya sekarang, adakah kita mempraktikkan ilmu yang kita ada ini membantu yang diluar sana?
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi terima Kasih kepada leader saya, Pn.Julainah Harith, FPP dept dan kepada ibu bapa saya En. Harith Salleh dan Pn. Asmah Dollah kerana sudi menghadiri majlis ini dan memberikan dorongan kepada saya selama ini.
Saya akhiri dengan Assalamualaikum dan Selamat Berjumpa lagi.
Comments
Post a Comment