Wasiat mudahkan agihan harta pusaka
Berita Harian 10 Feb 2009
Pewaris dapat manfaat peninggalan aset ibu bapa tanpa urusan rumit atau ke mahkamah
Oleh Azli Ayob
“SETIAP ketua keluarga wajar membuat wasiat bagi manfaat warls yang berhak.Dengan adanya wasiat seseorang itu dapat melantik wasi sama ada individu atau Syarikat amanah yang proaktif berkebolehan dan amanah untuk mentadbirkcin hartapusaka atau hutangnya sekiranya ada”
Puterl Afroze Ahmed Kamil
Perunding Kewangcin Islam
IIFIN Planners Sdn Bhd
KETIKA ini ada lebih sejuta kes harta pusaka orang Islam yang masih tldak dapat diselesaikan disebabkan factor waris.
Ini menyebabkan pewaris harta berkenaan tidak dapat memanfaatkan harta
peninggalan ibu atau bapa mereka
Bagi orang Islam, pembahagian harta adalah menglkut hukum syarak iaitu
berdasarkan faraid tetapi jika waris yang layak bersepakat atau bermuafakat
maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.
Bagaimanapun jika persetujuan bersama sukar diperoleh, proses pembahagian
harta itu akan mengambil proses yang lama dan rumit.
Bagi orang bukan Islam pembahagian harta penmggalan adaiah mengikut Akta Pembahagian 1959 yang ditentukan mengikut undang undang sivil.
Perunding Kewangan Islam di IIFIN Planners Sdn Bhd, Puteri Afroze Ahmed
Kamil berkata jika masyarakat sedar mengenal kepentlngan penulisan wasiat
mereka akan mengambil langkah proaktif dalam soal Itu dan tidak menangguhnya lagi.
Ini kerana jika si mati tidak meninggalkan surat wasiat, warisnya perlu mendapatkan surat pentadbiran yang mungkin mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan persetujuan daripada semua waris yang ada.
“Bagaimanapun jika wasiat telah dibuat oleh si mati maka proses pentadbiran harta pusaka adaiah lebih pantas kerana Geran Probet bagi tujuan tuntutan harta
akan terus diberikan oleh Mahkamah Tinggi,” katanya.
Puteri Afroze berkata seseorang itu perlu menuliskan wasiat jika ia bermaksud atau berniat untuk memberikan hartanya iaitu sebanyak tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah semua hartanya kepada seseorang yang bukan warisnya selepas kematiannya contohnya kepada anak angkatnya
“Bagaimanapun jika seseorang itu tidak berhasrat untuk mewasiatkan satu
pertiga daripada hartanya kepada bukan waris adaiah lebih baik baginya untuk
membuat surat wasiat kerana jika bellau menlnggal dunia, warisnya hanya
perlu untuk mendapatkan probet,” katanya.
Justeru katanya, dengan adanya probet proses pembahagian harta pusaka akan memakan masa yang lebih pendek.
“Jika seseorang itu tidak membuat apa apa wasiat bagi orang Islam harta pusakanya akan dlbahagikan mengikut hukum faraid kepada waris yang berhak saja,” katanya.
Puteri Afroze berkata mengikut pembahagian Faraid anak perempuan secara automatik mendapat haknya tetapi nlsbahnya berlainan daripada anak lelaki.
“Ini jelas diterangkan dalam ayat 11 surah Annisa yang menerangkan bahagian anak lelaki dua kali ganda bahagian anak perempuan,” katanya.
Sebagai perancang kewangan Puteri Afroze menasihatkan orang ramai supaya membuat perancangan menyeluruh dalam pembahagian hartanya semasa mereka
maslh hidup.
“Sebagai contoh, kami boleh menghitung berapa banyak perlindungan takaful yang diperlukan oleh pewaris,” katanya.
Beliau berkata, al Quran turut mengajar umat Islam supaya menyediakan bekalan yang secukupnya untuk keluarga mereka apablla meninggal dunia.
Ini katanya seperti firman Allah: “Dan orang orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri isteri hendaklah berwasiat untuk isteri isteriny, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya).
“Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wall atau
waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka”.
Daripada ayat itu, Puteri Afroze berkata jelaslah bahawa seseorang ketua keluarga harus merancang untuk meninggalkan sekurang kurangnya perbelanjaan untuk tempoh setahun selain tempat tinggal untuk isterinya.
Seorang perancang kewangan juga dapat membantu pelanggannya untuk merancang jika mereka ingin melakukan amal jariah seperti mewakafkan sebahagian dari harta mereka.
Puteri Afroze berkata,dengan adanya perancangan harta pusaka seseorang itu juga dapat meninggalkan harta pusaka kepada bukan waris yang mungkln amat memerlukan bantuännya Sesetengah orang berpendapat mereka tidak perlu mewasiatkan hartanya kerana tidak mempunyai harta.
Puteri Afroze bagaimana pun mempunyai pandangan berbeza dalam perkara itu.
“Walaupun mereka tidak mempunyai harta yang banyak mereka mungkln maslh ada wang KWSP dan wang simpanan atau juga hutang yang perlu dijelaskan.
“Dengan adanya wasiat, seseorang itu dapat melantik wasi sama ada individu
atau syarikat amanah yang proaktif berkebolehan dan amanah untuk mentadblrkan harta pusaka atau hutangnya sekiranya ada,” katanya.
Beliau berkata caj yang dlkenakan oleh perancang kewangan dalam merancang harta pusaka bergantung kepada beberapa factor yang ditentukan oleh perancang kewangan atau syarikat yang memberi khidmat penulisan wasiat.
Untuk membuat wasiat yang mudah dan murah seseorang boleh mendapatkan
khldmat Amanah Raya Bhd ARB yang mengenakan caj RM350 untuk satu wasiat,
katanya.
Beliau berkata, dokumen yang diperlukan sebelum penulisan wasiat adaiah
sallnan dokumen pengenalan diri pewasiat dan waris, dokumen berkenaan harta
dan hutang yang masih ada seperti plnjaman bank serta polisi insurans atau takaful.
“Semua harta boleh diwaslatkan asalkan Ia daripada sumber halal,” katanya.
Comments
Post a Comment